TVKB.FM
TVKB.FMSiaran Tepat Sanubari Anda
Kembali ke Radio
Semua Berita13/07/2026 • 03:43 AM
Berita Bergambar

Salam Takziah: Umar Al Farouk, Anakanda Vokalis Kumpulan E.Y.E, Kembali ke Rahmatullah

Umar Al Farouk, 18 tahun, anakanda kepada Abang Izam yang merupakan vokalis kumpulan E.Y.E, dilaporkan telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Salam Takziah: Umar Al Farouk, Anakanda Vokalis Kumpulan E.Y.E, Kembali ke Rahmatullah
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa Umar Al Farouk, berusia 18 tahun, yang merupakan anakanda kepada Abang Izam, vokalis kumpulan E.Y.E, telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan.

Seluruh warga TV Khalifah Bangkit dan TVKB.FM ingin merakamkan ucapan salam takziah kepada Abang Izam serta seluruh ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati rohnya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah.

“Daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.”
Kongsi berita ini